Skip to main content

Posts

Showing posts from April 11, 2010

24 Pelajar SBPI Kuantan Alami Simptom A(H1N1) Dikuarantin

PELAJAR memakai topeng mulut sebagai langkah pencegahan penularan wabak Influenza H1N1 di Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, hari ini. KUANTAN, 15 April (Bernama) -- Seramai 24 pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kuantan, di sini mengalami demam dan selsema menyamai simptom jangkitan Influenza A(H1N1). Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan Pahang, Datuk Hoh Khai Mun berkata, kesemua pelajar terbabit kini dikuarantin di dalam bilik asrama sekolah itu. "Kesemua mereka juga telah diberikan rawatan antiviral sebagai langkah pencegahan awal," katanya ketika dihubungi di sini, pada Khamis. Selain itu katanya, sampel darah pelajar terbabit turut diambil untuk ujian makmal di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan. Justeru itu, beliau menasihatkan ibu bapa pelajar sekolah tersebut agar tidak panik kerana keadaan di sekolah berkenaan masih terkawal ekoran pemantauan rapi oleh pihak Jabatan Kesihatan. -- BERNAMA

Mangsa terbaru H1N1

PUTRAJAYA - Satu lagi kematian akibat virus Influenza A (H1N1) dicatatkan di negara ini, melibatkan seorang peguam lelaki berusia 42 tahun dari Johor Bahru, kelmarin. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican berkata, lelaki terbabit meninggal dunia ketika dirawat di hospital swasta Johor Bahru. Beliau berkata, kematian terbaru itu adalah yang pertama tahun ini, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang meninggal dunia akibat virus itu meningkat kepada 78 orang, sejak wabak itu dikesan tahun lalu. “Ujian makmal mengesahkan lelaki itu dijangkiti H1N1. Beliau yang mempunyai faktor risiko obes turut mengalami komplikasi lain termasuk kegagalan ginjal akut dan jangkitan kuman. “Keadaan beliau yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan menjadi semakin tenat dan beliau meninggal dunia kelmarin disebabkan oleh pneumonia H1N1 dengan ‘Acute Respiratory Distress Syndrome,” katanya kepada media selepas mesyuarat teknikal wabak H1N1 di

57 kes positif H1N1 di Pahang

KUANTAN 12 April - Sebanyak 57 kes positif virus Influenza A (H1N1) dilaporkan di Pahang sejak 1 Januari lalu hingga hari ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan negeri, Datuk Hoh Khai Mun. Menurut beliau, daripada jumlah itu, Pekan mencatatkan kes tertinggi iaitu 24 kes diikuti Kuantan sebanyak 10 kes, Rompin dan Raub masing-masing lapan kes manakala Lipis dan Maran masing-masing enam dan satu kes. Bagaimanapun katanya, keadaan wabak H1N1 di negeri ini masih lagi terkawal dan tiada pesakit dilaporkan kritikal atau perlu dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU). "Namun, kami masih berada dalam keadaan berjaga-jaga bagi mengelak sebarang keadaan tidak diingini berlaku," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini. Khai Mun memberitahu, Kementerian Kesihatan memperuntukkan sebanyak 24,000 suntikan vaksin kepada hospital-hospital kerajaan di negeri ini. "Suntikan itu akan diberikan kepada mereka yang mud