Skip to main content

Posts

Showing posts from December 13, 2009

Kementerian Bersedia Hadapi Gelombang H1N1 Kedua - Liow

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Kementerian Kesihatan kini dalam usaha bersiap sedia menghadapi gelombang kedua wabak Influenza A (H1N1), kata Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai. Beliau berkata bagi menghadapi gelombong kedua ini, kementerian telah memberi penekanan kepada tiga aspek iaitu meningkatkan pemantauan terhadap H1N1 di semua negeri, meningkatkan rawatan di semua hospital-hospital serta memperhebatkan lagi kempen mengenai H1N1. "Bagi gelombang kedua H1N1, kita mengambil tiga langkah utama iaitu pertama tingkatkan pemantauan di akar umbi, di semua negeri dan daerah, kedua, kita akan tingkatkan rawatan kita di hospital di mana semua bilik Unit Unit Rawatan Rapi (ICU) dilengkapkan dengan peralatan yang penting untuk mengubati H1N1 dan kita juga akan tingkatkan bekalan ubat-ubatan untuk memastikan kita bersedia sekiranya ada gelombang kedua H1N1. "Langkah ketiga ialah memastikan komunikasi kita seperti media dan kempen kita diperhebatkan lagi untuk membolehka