Skip to main content

Posts

Showing posts from October 18, 2009

Kerajaan sasar 1 doktor untuk 600 penduduk

KUALA LUMPUR: Kerajaan mensasarkan untuk mencapai nisbah seorang doktor berkhidmat kepada 600 penduduk sebelum tahun 2020, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Beliau berkata, kini nisbahnya ialah seorang doktor berkhidmat kepada 1,145 orang penduduk dan keadaan itu masih agak baik. "Kalau tengok nisbah populasi doktor di negara kita, masih baik," katanya ketika menjawab soalan tambahan Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini. Liow berkata, kerajaan sedar akan masalah kekurangan pegawai dan kakitangan perubatan di negara ini dan telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menangani masalah tersebut. "Salah satu masalah yang dihadapi ialah pengaliran keluar doktor terlatih dalam kerajaan iaitu setiap tahun kira-kira 200 hingga 400 doktor akan keluar daripada perkhidmatan kerajaan ke hospital swasta. "Sekarang, kementerian sedang berusaha melihat bagaimana untuk kita hendak pastikan menggembleng ten

H1N1: Pantau jika berlaku peningkatan semula

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan akan sentiasa memantau penularan wabak Influenza A(H1N1) di negara ini untuk mengesan sama ada terdapat peningkatan semula kes itu yang kini semakin berkurangan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata pihaknya akan membuat laporan mengenai wabak itu dari masa ke semasa dan memastikan langkah mengawal H1N1 yang dijalankan adalah berkesan. "Kes H1N1 telah menurun berbanding Ogos dan September. Tetapi itu tidak bermakna kita boleh ambil ringan mengenainya kerana Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan di Malaysia pandemik ini masih berada di tahap enam," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri kementerian itu di sini hari ini. Liow berkata, WHO belum mengisytiharkan Malaysia sudah bebas daripada pandemik itu. Beliau berkata, sehingga kini angka kematian akibat H1N1 masih kekal 77 dan bilangan pesakit yang ditempatkan di wad Unit Rawatan Rapi juga semakin berkurangan. Beliau juga meminta orang ra