Skip to main content

Posts

Showing posts from September 13, 2009

Pelajar perempuan mangsa baru H1N1

KUALA LUMPUR 19 Sept. — Seorang pelajar perempuan berusia15 tahun merupakan mangsa terbaru jangkitan Influenza A(H1N1), menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 77 orang sehingga hari ini. Pelajar itu yang tinggal di asrama sekolah, mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, meninggal dunia pada 11 September tetapi hanya dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican. “Pelajar berkenaan yang juga dilaporkan menghidapi penyakit asma telah mendapatkan rawatan di hospital pada 7 September lepas akibat demam, batuk dan selesema selama sehari dan dirawat sebagai kes Penyakit Serupa Influenza (ILI) dan diberikan rawatan pesakit luar”, katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Namun setelah didapati simptomnya tidak pulih, beliau berkata, pesakit berkenaan dibawa semula ke hospital empat hari kemudian iaitu pada 11 September dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU)dan diberikan rawatan antiviral.

Influenza A(H1N1): Malaysia asked to take 10 measures

KUALA LUMPUR: The World Health Organisation has asked Malaysia to implement 10 measures to improve its prevention and containment of the spread of Influenza A (H1N1). Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai said the measures were presented to Prime Minister Datuk Seri Najib Ra-zak and ministers on Wednesday. "Actually, we have already succeeded in implementing nine of the measures very effectively. But the one that needs to be handled is the risk communication plan which, unfortunately, is not to our satisfaction," he said. The recommended measures include improving influenza-like illness surveillance, optimising the use of intensive care unit facilities and isolation wards and sharing knowledge of deaths and sur-veillance with relevant parties. Although the ministry had put in place all the 10 courses of action, Liow said, they still needed to work hard on the dissemination of information to staff and the public. "We are in the midst of doing the media cam

Bersama Hentikan H1N!: Angka korban kekal 76 orang

KUALA LUMPUR: Tiada kematian akibat wabak Influenza A (H1N1) dilaporkan semalam menjadikan angka korban penyakit itu kekal 76 kes di seluruh negara, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican. Beliau berkata, sejumlah 821 pesakit dengan gejala penyakit seperti influeza (ILI) dimasukkan ke hospital untuk rawatan dengan 77 adalah pesakit baru. “Daripada jumlah pesakit yang sedang dirawat, 141 pesakit atau 17 peratus disahkan positif H1N1,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam. Dr Ismail menasihatkan orang ramai terus mengamalkan langkah kebersihan diri dengan mencuci tangan sekerap mungkin dan mengamalkan etika ketika batuk dan bersin serta segera mendapatkan rawatan jika mengalami gejala jangkitan H1N1.- Berita Harian

H1N1: 77 pesakit baru dimasukkan ke hospital

KUALA LUMPUR: Sejumlah 77 pesakit baru dengan gejala penyakit serupa selesema (ILI) sudah dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan, hari ini. Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata tiada kematian baru yang disahkan akibat jangkitan influenza A(H1N1) dicatatkan. Katanya, sejumlah 137 kes telah dibenarkan keluar hospital dan sekaligus menjadikan baki kes ILI yang sedang dirawat di 90 buah hospital termasuk 14 hospital swasta di seluruh negara adalah seramai 821 orang. "Daripada jumlah pesakit yang sedang dirawat, 141 pesakit iaitu 17 peratus telah disahkan positif H1N1," katanya. Beliau berkata, bilangan kes yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) buat masa ini kekal sebanyak 30 kes melibatkan tiga kemasukan baru dan tiga lagi kes telah keluar dari ICU. "Daripada 30 kes berkenaan, 26 kes iaitu 87 peratus mempunyai faktor risiko iaitu lapan kes penyakit kronik, enam kes masing-masing obesiti dan kanak-kanak

Ambil langkah cegah jangkitan H1N1

SEREMBAN 17 Sept. - Pengguna pengangkutan awam di negeri ini dinasihatkan supaya mengambil langkah pencegahan untuk mengelakkan jangkitan selesema babi atau influenza A (H1N1) khususnya di musim perayaan ini Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Sembilan, Datuk Ismail Taib berkata, walaupun indeks penularan wabak H1N1 di negeri ini semakin menurun, namun orang ramai tidak sepatutnya memandang remeh langkah-langkah pencegahan terutamanya di kawasan awam. ''Oleh itu, orang ramai yang menggunakan perkhidmatan awam seperti bas, teksi atau kereta api dinasihatkan mengutamakan kebersihan dan kesihatan dengan menggunakan penutup hidung dan mulut dan mengelakkan daripada bersentuhan. ''Langkah pencegahan ini amat penting terutama sekali di musim perayaan ini, di mana ramai yang akan pulang ke kampung menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengedarkan risalah, penut

40,000 Doses Of Anti-H1N1 Vaccine To Be Available Next Month

BENTONG, Sept 17 (Bernama) -- A total of 40,000 doses of the 400,000 doses of anti-H1N1 vaccine ordered by the Health Ministry are expected to arrive in the country by the end of next month, said its minister Datuk Seri Liow Tiong Lai. He said the vaccine would be evenly distributed with priority given to front line personnel and high risk groups like pregnant women and children. The balance 360,000 doses would arrive in early January, he told reporters after attending a breaking of the fast function with the orang asli community in Sunagi Gapoh near here Wednesday. Liow said the anti-H1N1 vaccine was being sourced from GlaxoSmithKline (GSK) which is based in the United Kingdom. He added that the ministry was also in the process of ordering more of such vaccine from other suppliers. "We have to place bookings early and we are looking for the best quality. We try to get as many sources as possible including from China and Taiwan so that in case of emergency we can get more vacci

Increase In Dengue And Chikungunya Cases

KUALA LUMPUR, Sept 17 (Bernama) -- A total of 478 cases of dengue fever were recorded by the Health Ministry from Sept 6 to 12, an increase of 68 cases or 17 per cent from the previous week which recorded 410 cases. Health director-general Tan Sri Dr Ismail Marican, in a statement here said, nine states recorded an increase in the number of dengue cases for the week from Sept 6 to 12. They are Pahang (83 per cent), Sarawak (67 per cent), Sabah (67 per cent), Kedah (43 per cent), Terengganu (38 per cent), Kuala Lumpur and Putrajaya (33 per cent), Melaka (11 per cent), Selangor (six per cent) and Penang (four per cent). No death due to dengue was reported during the week, he added. The total of accumulated dengue cases so far this year, until Sept 12, is 30,588 cases, including 69 deaths, compared with 31,806 cases in the corresponding period last year. Dr Mohd Ismail said 24 hot spot localities had been reported, comprising 15 in Selangor, Kuala Lumpur (four), Johor (four) and one i

Dua beradik perlu RM1,600 sebulan rawat mata

BUKIT MERTAJAM: Dua beradik dari Kampung Bukit Kechil, Juru di sini, buntu untuk mencari RM1,600 sebulan bagi membeli ubat memulihkan saraf mata selepas menjalani pembedahan. Sebelum ini, dunia dua beradik berkenaan, Abdul Manaf Ahmad, 52, dan adiknya, Razali, 43, diselubungi kegelapan sejak tujuh tahun lalu berikutan mereka menghidap katarak dan glaukoma. Berikutan itu, mereka tidak mampu bekerja sebagai nelayan serta menjaga ibu yang uzur, Som Saad, 74. Menurut Abd Manaf, dia pernah mendapatkan rawatan di Hospital Bukit Mertajam (HBM) tetapi penyakit matanya tidak sembuh malah difahamkan rawatan moden tidak mampu menyembuhkan matanya dan perlu mencuba kaedah alternatif. “Saya dan Razali akhirnya menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur hasil bantuan seorang tokoh korporat yang menanggung kos RM10,200. “Tapi kami kini perlu mengambil ubat selama enam bulan bagi memulihkan saraf mata tetapi kosnya mahal mencecah RM790 seorang atau RM1,600 sebulan. “Mana nak car

Jangan kenakan caj tinggi

MOHD. Ali Rustam memberikan makanan bersahur kepada salah seorang pesakit di Hospital Pakar Putra Melaka, Mahmud Hashim, pada program bersahur bersama beliau di hospital tersebut, semalam. MELAKA 16 Sept. - Semua doktor pakar di seluruh hospital swasta di negeri ini diminta tidak mengenakan bil rawatan yang tinggi sehingga menjadi rungutan pesakit yang akhirnya akan memburukkan imej hospital itu sendiri. Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, beliau kecewa apabila mendapat banyak rungutan seperti itu di kalangan pesakit dan ejen insurans yang terlibat. Menurut beliau, ada beberapa ejen insurans mendakwa terdapat segelintir doktor pakar di sesetengah hospital pakar mengenakan bil rawatan yang agak tinggi daripada kebiasaan. "Saya harap, doktor pakar di Hospital Pakar Putra tidak mengenakan bayaran yang tinggi kepada para pesakitnya. "Biarlah bayaran itu munasabah, bukan lebih daripada biasa yang menyebabkan syarikat-syarikat insurans berasa tertekan kerana

Malls can play their part to contain flu virus

KUALA LUMPUR: Hypermarkets and shopping complex managements should have preventive measures to prevent the spread of Influenza A(H1N1). These measures include having hand-washing facilities, a clean environment and sufficient places to throw garbage and masks, health director-general Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican said. He said while Muslims were busy make preparations for Hari Raya, the ministry wanted to advise people to practise self-hygiene, not to be indifferent and to seek immediate treatment if they have Influenza A(H1N1). “People are encouraged to have with them the H1N1 kit (nose and mouth mask, tissues and sanitiser) wherever they go — while shopping, on public transportation or celebrating at homes of relatives and friends — and also to keep up-to-date on the latest developments about the Influenza A(H1N1) pandemic and steps suggested by the ministry from time to time,” he said. Two new deaths were reported yesterday due to Influenza A(H1N1), bringing the number of death

H1N1: Tiada kematian dilaporkan

Oleh Wan Hazmir Bakar KUALA LUMPUR: Tiada kematian akibat Influenza A (H1N1) dilaporkan sehingga jam 9 pagi tadi dan angka korban pandemik itu kekal 76 orang. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata seramai 156 pesakit baru dengan gejala penyakit seakan influenza (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan. Katanya, pada masa sama seramai 189 pesakit telah dibenar pulang, menjadikan baki kes ILI yang sedang dirawat di 98 buah hospital termasuk 11 hospital swasta di seluruh negara adalah 881 orang. "Daripada jumlah pesakit yang dirawat, 141 pesakit (19%) telah disahkan positif H1N1," katanya. Sementara itu, Dr Mohd Ismail berkata, 30 (18%) kes sedang dirawat di ICU dan tiada kemasukan baru manakala tujuh lagi kes telah keluar dari ICU. Katanya, daripada 30 kes yang sedang dirawat di ICU, 23 kes (77%) mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (7), penyakit respiratori kronik (3), obesiti (6),

Derita pesakit kencing manis

Oleh NORMALA HAMZAH kaknor@utusan.com.my Dua anak Nila Kesuma Mat memapah ibu mereka yang tidak dapat bergerak sendiri sejak kaki kirinya dipotong akibat kencing manis. KLANG 16 Sept. - Sudah 16 tahun dia menahan sabar dengan kehidupan yang memeritkan bersama dua orang anaknya. Ada masa makan, ada masa tidak. Tidur malam sering dalam kedinginan hanya berlapikkan sehelai tikar usang. Jika orang lain menikmati hidangan lazat setiap kali berbuka puasa dan bersahur, bagi Nila Kesuma Mat , 50, dan dua anaknya, Mohd. Faiz Khusaini, 16, dan Nur Fazlin Husna, 15, mereka hanya mengalas perut dengan air kosong dan nasi kosong. Jika ada yang menghulur bantuan, dapatlah mereka makanan yang lazat, namun kebanyakan hari yang dilalui sarat dengan kesedihan. Sudah kering air matanya menangis saban hari mengenangkan nasib malang yang dilalui, namun Nila Kesuma pasrah. ''Jika ini dugaan buat saya, saya reda,'' katanya teresak-esak ketika ditemui di rumahnya di PPRT, Jalan Kenan

H1N1: Dua lagi kematian dilaporkan

Oleh Wan Hazmir Bakar KUALA LUMPUR; Dua kematian akibat Influenza A (H1N1) disahkan sehingga jam 9 pagi tadi, menjadikan angka korban di seluruh negara sebanyak 76 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata kematian terbaru itu membabitkan wanita berusia 45 tahun di Sabah dan remaja perempuan berusia 19 tahun dari Bentong, Pahang. Dr Mohd Ismail berkata, pada hari ini sejumlah 156 pesakit baru dengan gejala penyakit seakan influenza telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan pada masa sama sejumlah 189 kes telah dibenar keluar. "Ini menjadikan baki kes ILI yang sedang dirawat di 98 buah hospital termasuk 11 hospital swasta di seluruh negara adalah seramai 881 orang. Daripada jumlah pesakit yang dirawat, 141 pesakit (19%) telah disahkan positif H1N1," katanya dalam kenyataan hari ini. Sementara itu, 37(26%) kes sedang dirawat di ICU dimana 4 kes merupakan kemasukan baru, sementara 4 lagi kes te

Teen seeks funds for knee implant

KOTA BARU: A minor slip at home last year has changed Mohd Shahrul Md Said's life forever. The 19-year-old's leg was swollen, and believing it was merely bruised, his family took him for traditional treatment. Earlier this year, when he fainted at the National Youth Skills Institute (IKBN) in Wakaf Tapai, Terengganu, where he was studying, the terrible truth came to light. "I was taken to Sultanah Nur Zahirah Hospital in Kuala Terengganu where doctors diagnosed cancer. I was transferred to Universiti Sains Malaysia Hospital (HUSM) and I had leg surgery in July." Shahrul now needs a knee replacement implant which will cost RM34,000. "My father is a Felda settler and my mother is a housewife. The cost is too big a financial burden for them to bear." If you wish to help, please send a cheque payable to the New Straits Times Press Sdn Bhd with Shahrul's full name written on the back to the Finance Department/Charity Unit, NSTP, Balai Berita

Dedah golongan muda kesedaran kesihatan

JOHOR BAHRU 15 Sept. - Golongan muda perlu didedahkan dengan pelbagai program kemasyarakatan terutamanya mengenai kesedaran kesihatan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian berkata, persatuan belia boleh menjalin kerjasama dengan Jabatan Kesihatan negeri atau hospital berdekatan bagi menganjurkan program seperti itu. Katanya, penganjuran program seumpama itu dapat mengelak golongan remaja daripada terbabit dengan kegiatan tidak sihat. ''Melalui aktiviti tersebut, golongan remaja dapat memanfaatkan masa dengan baik. Program itu juga dapat memberi rangsangan kepada orang muda untuk menyelami perasaan pesakit,'' katanya. Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan hari raya anjuran Persatuan Belia Puterawaja Daerah Johor Bahru (Puterawaja) kepada 96 pesakit di Hospital Sultanah Aminah, di sini hari ini. Osman berkata, kegiatan seperti itu dapat membentuk golongan muda menjadi lebih bertoleransi dan bersatu padu untuk menjayakan kegiat

Derita kulit mengelupas

Oleh Mohd Rifaat Abd Hamid am@hmetro.com.my KUALA NERANG: Dia sepatutnya berada di tingkatan satu dan bergembira menempuhi alam remaja bersama rakan seusia tetapi itu bukan perjalanan hidup yang dilalui Mohd Nasrul Kamarizan, 13, yang menderita penyakit kulit kronik. Berikutan penyakit dihidapi sejak dilahirkan, Mohd Nasrul, 13, anak bongsu daripada dua beradik dari Desa Keda Bukit Kura, tidak pernah menempuh alam persekolahan sepanjang hidupnya. Ini kerana kulitnya terlalu sensitif dan menggelupas teruk walaupun disebabkan bergesel dengan orang lain. Ibunya, Norhayati Md Daud, 39, berkata anaknya pernah didaftarkan di Sekolah Kebangsaan Pedu (SKP), tetapi masalah dihadapinya menyebabkan Mohd Nasrul tidak pernah memasuki sekolah kerana bimbang kulitnya mudah menggelupas. “Kami bimbang apabila bermain di sekolah, rakannya tersentuh kulitnya dan mengakibatkan kesakitan yang amat sangat,” katanya. Menurutnya, pelbagai usaha dilakukan tetapi penyakit dihadapi anaknya masih belum se

H1N1: Tiada kematian baru dilaporkan

KUALA LUMPUR: Tiada kematian berhubung Influenza A (H1N1) dicatatkan sehingga pagi ini dan angka korban kekal 74 orang, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican. Beliau berkata, seramai 881 pesakit dengan gejala penyakit seakan influenza (ILI) sedang dirawat di 99 buah hospital termasuk sembilan hospital swasta di seluruh negara. Katanya, daripada jumlah itu, 162 pesakit atau 18.5 peratus disahkan positif H1N1. “Daripada 162 kes yang telah disahkan H1N1, 37 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 31 atau 84 peratus mempunyai faktor risiko seperti penyakit kronik, obesiti, kanak-kanak bawah 5 tahun dan hamil. “Sejumlah 68 pesakit baru dengan gejala ILI dimasukkan ke hospital untuk rawatan dan pada masa yang sama sejumlah 157 kes sudah dibenarkan keluar,” katanya dalam kenyataan hari ini. Dr Ismail juga menasihatkan orang ramai supaya terus mengamalkan langkah kebersihan diri, tidak berlengah dan segera mendapatkan rawatan jika mengalami gej

Pesakit kanser sendi lutut rayu bantuan RM34,000

Oleh Khairul Anuar Abdul Samad krull@bharian.com.my KOTA BHARU: Seorang pelatih Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) kini mengharapkan simpati orang ramai dalam usahanya mengumpul dana RM34,000 bagi membiayai kos pembelian implan pembedahan kanser sendi lutut yang dijalaninya. Anak peneroka dari Felda Jengka Tiga, Pahang, Mohd Shahrul Md Said, 19, berkata bapanya, Md Said Hassan, 63, yang juga seorang peneroka dengan pendapatan tidak seberapa, tidak mampu menanggung kos pembelian implan kerana bergantung sepenuhnya kepada hasil jualan sawit. Pelatih IKBN Wakaf Tapai itu berkata, walaupun berjaya melalui pembedahan membuang tulang paha yang diserang kanser itu, dia kini rasa sedih kerana keluarga tidak mampu menanggung kos pembelian implan. “Ayah sudah tua, manakala ibu, Aminah Ariffin, 61, tidak bekerja dan kos implan RM34,000 itu amat membebankan mereka berdua, memandangkan hasil jualan kelapa sawit tidak seberapa, bergantung kepada tur

Penumpang diwajib pakai penutup

Oleh Ali Mahmood utusanpahang@utusan.com.my BENTONG 14 Sept. – Penumpang bas dan kereta api yang menghidap selesema serta demam diwajibkan memakai penutup mulut dan hidung ketika pulang menyambut Aidilfitri untuk mengelakkan penularan wabak selesema babi atau influenza A (H1N1). Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, syarikat bas dan kereta api diminta memastikan penumpang yang mempunyai simptom itu mematuhi arahan berkenaan supaya virus tersebut tidak disebarkan kepada penumpang lain. Bagi menyekat penularan wabak tersebut, tegasnya, semua syarikat bas ekspres akan dibekalkan penutup mulut dan hidung yang bakal disumbangkan oleh beberapa badan korporat. ‘‘Dalam suasana gembira menyambut Aidilfitri, saya berharap kita semua terus berwaspada kerana wabak H1N1 kini menjadi pembunuh senyap. ‘‘Saya harap semua orang berhati-hati dan sentiasa menjaga kebersihan diri serta keluarga masing-masing kerana dengan langkah tersebut ia dapat menghalang virus H1N1 daripada terus

Sedia kit H1N1 ketika raya

Oleh Sazarina Shahrim sazarina@bharian.com.my Elak jangkitan wabak pada Aidilfitri KUALA LUMPUR: Bimbang dengan kemungkinan Influenza A (H1N1) merebak pantas ke seluruh negara berikutan pergerakan besar-besaran rakyat ketika cuti Aidilfitri hujung minggu ini, orang ramai disaran membawa bersama kit pencegahan H1N1 sepanjang masa dan ke mana saja mereka pergi. Mereka yang akan pulang berhari raya di kampung halaman atau bercuti sempena cuti panjang Aidilfitri minggu depan juga diminta menjaga kebersihan diri dan sentiasa peka terhadap tanda-tanda kemungkinan dijangkiti penyakit itu. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata kit mengandungi topeng mulut dan hidung, tisu serta pencuci tangan antikuman yang tidak perlu dibilas boleh disediakan sendiri atau dibeli di farmasi. "Ia perlu dianggap sebagai barang perlu dimiliki oleh semua yang bercadang balik kampung sama ada menggunakan kendera

H1N1: Tiada kes kematian baru

KUALA LUMPUR: Tiada kes kematian baru berkaitan Influenza A dilaporkan sehingga jam 9 pagi tadi tetapi seramai 231 pesakit baru dengan gejala penyakit seakan influenza dimasukkan ke hospital. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata pada masa sama sejumlah 166 kes ILI telah dibenar keluar hospital. "Ini menjadikan baki seramai 1048 ILI sedang dirawat di 106 buah hospital termasuk 14 hospital swasta di seluruh negara. Daripada jumlah pesakit yang dirawat, hanya 255 pesakit (24.3%) telah disahkan positif H1N1," katanya. Sehingga hari ini, sebanyak 74 kes kematian berkaitan H1N1 sudah disahkan di seluruh negara. Dr Mohd Ismail berkta, daripada 255 kes yang telah disahkan H1N1, 42 kes sedang dirawat di ICU di mana tujuh kes adalah kemasukan baru, sementara empat lagi kes telah keluar dari ICU. Katanya, daripada 42 kes yang sedang dirawat di ICU, 34 (81.0%) mempunyai faktor risiko. Pecahan kes mengikut faktor risiko adalah seperti berikut: p

H1N1: Tiada kes kematian baru

KUALA LUMPUR: Tiada kes kematian baru berkaitan Influenza A dilaporkan sehingga jam 9 pagi tadi tetapi seramai 231 pesakit baru dengan gejala penyakit seakan influenza dimasukkan ke hospital. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata pada masa sama sejumlah 166 kes ILI telah dibenar keluar hospital. "Ini menjadikan baki seramai 1048 ILI sedang dirawat di 106 buah hospital termasuk 14 hospital swasta di seluruh negara. Daripada jumlah pesakit yang dirawat, hanya 255 pesakit (24.3%) telah disahkan positif H1N1," katanya. Sehingga hari ini, sebanyak 74 kes kematian berkaitan H1N1 sudah disahkan di seluruh negara. Dr Mohd Ismail berkta, daripada 255 kes yang telah disahkan H1N1, 42 kes sedang dirawat di ICU di mana tujuh kes adalah kemasukan baru, sementara empat lagi kes telah keluar dari ICU. Katanya, daripada 42 kes yang sedang dirawat di ICU, 34 (81.0%) mempunyai faktor risiko. Pecahan kes mengikut faktor risiko adalah seperti berikut: p

Orang ramai diingat bawa kit H1N1 semasa berhari raya

KUALA LUMPUR 13 Sept — Sempena cuti panjang sambutan Hari Raya Aidilfitri, orang ramai digalak membawa kit H1N1, yang merangkumi topeng mulut serta hidung, tisu dan sanitizer, ke mana-mana sahaja mereka pergi termasuk semasa berhari raya di rumah sanak saudara, bagi mengelak penularan jangkitan Influenza A(H1N1). Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata bagi mereka yang mempunyai gejala selesema serta golongan berisiko, mereka disaran sebaik-baiknya menggunakan pengangkutan sendiri untuk balik kampung. “Bagaimanpun jika terpaksa menggunakan pengangkutan awam, pastikan anda sentiasa memakai penutup mulut dan hidung, selain mengamalkan kebersihan tangan pada setiap masa sepanjang perjalanan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Beliau berkata penumpang pengangkutan awam juga perlu memastikan bahawa kertas tisu muka yang sudah digunakan dibuang ke dalam tong sampah yang ditutup supaya tidak menjadi satu sumber jangkitan. “Setibanya di kampung, individ